Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

berita

11889 Results / Page 189 of 1321

Luar Negara

Korea Selatan alih laluan kapal minyak ke Laut Merah

Seoul: Korea Selatan bakal menghantar lima kapal berbendera republik itu ke pelabuhan Yanbu, Arab Saudi di Laut Merah bagi membina laluan alternatif bekalan minyak. Langkah ini diambil ekoran gangguan teruk yang berlaku di Selat Hormuz, menurut kenyataan seorang ahli parlimen kerajaan pada Isnin. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 April 2026

Hiburan Semasa

Rita Rudaini dakwa difitnah, fail pembelaan

Kuala Lumpur : Pelakon terkenal, Rita Rudaini memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan Yang Dipertua Badan Pemuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (MUAFAKAT), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor dan Naib Yang Dipertuanya, Dr Saidah Haris @ Harith, hari ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 April 2026

Luar Negara

Pelan gencatan senjata diterima, Iran tidak akan buka Selat Hormuz sebagai ganjaran

Islamabad: Iran dan Amerika Syarikat (AS) menerima pelan menamatkan permusuhan yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka semula Selat Hormuz. Sumber yang maklum berkaitan cadangan itu menyatakan kerangka penyelesaian ini dirangka oleh Pakistan dan telah disampaikan kepada Tehran serta Washington malam Ahad. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 April 2026

Luar Negara

Iran rangka aturan baharu kawal Selat Hormuz

Tehran: Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan bahawa mereka sedang menyiapkan persiapan akhir bagi menguatkuasakan syarat operasi baharu di Selat Hormuz, laluan yang hampir ditutup sepenuhnya sejak peperangan dengan Amerika Syarikat dan Israel bermula. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 April 2026