Skuad bola keranjang kerusi roda 3×3 tersekat di separuh akhir
Nakhon Ratchasima: Impian skuad bola keranjang kerusi roda 3x3 lelaki negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Para Asean (APG) 2025 di Thailand berkecai selepas tewas tipis 11-13 kepada Filipina dalam aksi separuh akhir di Terminal 21 Korat di sini, hari ini.