Budaya “Cancel” Buat Khairul Aming Resah Setiap Hari
Terbaru, Khairul Aming mengaku bahawa dia sebenarnya takut dengan budaya 'cancel' dalam kalangan wargamaya yang semakin menjadi-jadi. Setiap hari dia gementar kerana tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari itu. Mesej-mesej yang diterima di laman sosial yang memintanya untuk sentiasa berhati-hati dengan nama yang dia punya sekarang membuatkannya makin resah dan risau.