Pemilik Forest, Marinakis bergaduh dengan Nuno
Nottingham: Pemilik Nottingham Forest, Evangelos Marinakis, menegaskan bahawa perbalahannya di atas padang dengan pengurus Nuno Espirito Santo selepas keputusan seri 2-2 menentang Leicester City dalam aksi Liga Perdana awal pagi tadi berpunca daripada kekecewaannya terhadap “salah taksiran kakitangan perubatan” berkaitan kecederaan yang dialami penyerang Taiwo Awoniyi.