Gelaran 100m wanita dunia milik Sha’Carri
Budapest: Jaguh pecut Amerika Syarikat (AS), Sha’Carri Richardson meranapkan impian Shelly-Ann Fraser-Pryce untuk muncul juara 100 meter (m) wanita dunia buat kali keenam apabila mengalahkan atlet Jamaica itu di Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, hari ini.