SMART WTE dijangka sumbang pendapatan RM80 juta setahun – Cypark
KUALA LUMPUR: Cypark Resources Bhd (Cypark) menjangkakan kilang Pemulihan dan Rawatan Lanjutan Modular Sisa Pepejal (SMART) bagi sisa pepejal-kepada-tenaga (WTE) di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan akan memberi sumbangan pendapatan sehingga RM80 juta setahun selepas kemudahan itu beroperasi.