Fourkay Gold santuni 39 anak yatim untuk raikan Ramadan, Syawal
Fourkay Gold, syarikat peneraju industri pembelian emas gadaian (surat pajak gadai) di Malaysia dan merupakan merupakan syarikat pertama dalam industri ini yang memiliki sijil kepatuhan syariah, telah meraikan seramai 39 anak yatim dari sekitar Semenyih untuk merasai berbuka puasa di hotel dan juga membeli-belah di pusat beli-belah utama di bandar raya.