Harga emas pecah rekod lagi, lebih RM651.50/gram
Harga emas dunia melepasi paras AS$5,000/auns (1 troy auns: 31.1035 gram), atau kira-kira RM651.50/gram buat pertama kali dalam sejarah pada Ahad, di tengah-tengah ketidakpastian global yang semakin meningkat dan pergolakan yang dicetuskan oleh dasar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.