Slot ramal Arsenal pencabar utama
London: Arne Slot berkata Liverpool di bawah kendaliannya ‘memenuhi jangkaan’ selepas permulaan cemerlang mereka musim ini menjelang ujian getir bertemu Arsenal.
London: Arne Slot berkata Liverpool di bawah kendaliannya ‘memenuhi jangkaan’ selepas permulaan cemerlang mereka musim ini menjelang ujian getir bertemu Arsenal.
London: Pemain remaja Tottenham, Mikey Moore dibandingkan dengan bintang Brazil, Neymar selepas memainkan peranan penting ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas AZ Alkmaar dalam Liga Europa dengan pengendali Spurs, Ange Postecoglou mengakui sukar untuk menidakkan perkara itu.
Manchester: Jaringan akrobatik Erling Haaland yang menakjubkan mewarnai kemenangan 5-0 Manchester City ke atas Sparta Prague awal pagi tadi sekali gus, melangkah ke tempat ketiga dalam carta Liga Juara-Juara.
Leipzig, Jerman: Pemain pertahanan Liverpool, Kostas Tsimikas berkata kekecewaan musim lalu mendorong permulaan cemerlang The Reds dalam kempen ini, selepas kemenangan 1-0 Liga Juara-Juara ke atas RB Leipzig awal pagi tadi.
Bournemouth: Mikel Arteta mengakui kekalahan mengejut 0-2 Arsenal di tangan Bournemouth adalah ‘kemalangan yang menunggu untuk berlaku’ selepas kad merah diterima William Saliba menyebabkan mereka mengalami kekalahan pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak April lalu.
London: Tottenham bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan West Ham 4-1 dengan kejayaan itu berjaya mengubati luka kekecewaan mereka tewas kepada Brighton.
London: Mikel Arteta mendedahkan bahawa kapten Arsenal, Martin Odegaard, semakin hampir pulih daripada kecederaan panjang dan mungkin cergas untuk berdepan pencabar kejuaraan, Liverpool, minggu depan.
London: Pengurus Newcastle, Eddie Howe berkata, beliau tidak dihubungi oleh Persatuan Bolasepak England (FA) semasa pencarian pengurus baharu England, yang berakhir dengan pelantikan Thomas Tuchel.
London: Arne Slot memberi amaran bahawa Chelsea boleh menjadi ‘musuh paling sukar’ Liverpool setakat ini, tetapi memberi amaran agar tidak membuat keputusan tergesa-gesa ketika beliau bersiap untuk minggu yang mencabar.