Trent hampiri Real Madrid
London: Trent Alexander-Arnold semakin hampir berpindah ke Real Madrid apabila kontraknya dengan Liverpool berakhir pada penghujung musim ini.
London: Trent Alexander-Arnold semakin hampir berpindah ke Real Madrid apabila kontraknya dengan Liverpool berakhir pada penghujung musim ini.
Saitama, Jepun: Arab Saudi berjaya bertahan untuk mengikat Jepun 0-0 dalam perlawanan di tempat lawan untuk memastikan harapan mereka mendapat tempat automatik ke Piala Dunia 2026 masih terbuka.
Johannesburg: Thomas Partey menjaringkan dua gol manakala rakan sepasukannya dari Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohammed Kudus turut menyumbang satu gol ketika Ghana menewaskan Madagascar 3-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Afrika, hari ini.
London: England meneruskan permulaan sempurna Thomas Tuchel apabila gol antarabangsa pertama Reece James menyumbang kepada kemenangan 3-0 ke atas Latvia dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.
Paris: Polis Perancis menahan tujuh individu yang melakukan salut Nazi ketika perlawanan Liga Negara-Negara antara Perancis dan Croatia di Stade de France, semalam, kata Ketua Polis Paris, Laurent Nunez.
Milan: Keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam separuh akhir dan final Piala Itali bakal lebih mudah difahami apabila pengadil akan memberikan penjelasan terus kepada penyokong di stadium serta penonton di rumah.
Valencia: Juara bertahan Liga Negara-Negara, Sepanyol, mara ke separuh akhir dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Belanda, selepas perlawanan suku akhir kedua yang mendebarkan berakhir dengan keputusan seri 3-3, sekali gus menjadikan agregat 5-5, awal pagi tadi.
Dortmund: Jerman terselamat daripada kebangkitan hebat Itali pada separuh masa kedua apabila mensia-siakan kelebihan tiga gol untuk terikat 3-3 di Dortmund, sebelum mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara dengan agregat 5-4, awal pagi tadi.
Rom: Gergasi Serie A, Juventus dilaporkan bakal memecat Thiago Motta kurang daripada semusim selepas dilantik sebagai ketua jurulatih, menurut laporan media Itali.