Pelakon Jadi PA? Nataaliyah Mahu Pecah Stereotaip
Bergelar pelakon tidak bermaksud seseorang perlu sentiasa berada di depan kamera atau hanya bergantung kepada tawaran lakonan sebagai sumber pendapatan. Itu pendirian pelakon muda Nataaliyah atau Aaliyah Natasha yang baru-baru ini menarik perhatian selepas meluahkan rasa terkilan apabila pekerjaannya sebagai pembantu peribadi (PA) ketika tidak mempunyai komitmen lakonan dipersoalkan. Menerusi satu hantaran di Threads, Nataaliyah