Sabah FC akan berjuang bermati-matian, sokongan padu bakar semangat
Kota Kinabalu: Harapan tinggi penyokong yang mahu Sabah FC ‘menang atau berjuang bermati-matian’ benar-benar memberi inspirasi kepada pemain untuk memberikan yang terbaik dalam final kedua Piala Cabaran 2025/2026 di sini malam esok, dengan tekad menamatkan kemarau trofi sejak kali terakhir menjulang Liga Perdana 2019.