Fourkay catat pertumbuhan jualan 70 peratus
Fourkay Gold (Fourkay), peneraju industri pembelian emas gadaian (surat pajak gadai) dan yang pertama memiliki sijil kepatuhan syariah, mencatat pengukuhan jualan sehingga 70 peratus pada tahun lalu ekoran pelan promosi yang lebih aktif untuk mengukuhkan jenama serta menghebahkan tentang pengoperasian syarikat kepada umum di pasaran.