Bintang Nice ditahan polis sebab sokong Palestin
Nice: Polis Perancis menahan pemain antarabangsa Algeria, Youcef Atal, yang beraksi untuk kelab bola sepak Ligue 1, Nice, bagi membantu siasatan berhubung ‘justifikasi keganasan’ selepas dia memuat naik mengenai perang Israel-Hamas di media sosialnya, kata pendakwa raya.