Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Georgetown

55 Results / Page 5 of 7

Buletin

Tan Sri, Datuk dalang kartel dadah tidak terbabit politik

Georgetown: Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk yang disyaki menjadi dalang kartel dadah antarabangsa tidak terbabit dengan politik. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, kesemua mereka itu menjalankan perniagaan yang sah tetapi mempunyai kaitan dengan dadah. "Mereka yang berada dalam 'radar' polis itu tidak terbabit dengan politik dan kita masih mengumpulkan keterangan sebelum melakukan tangkapan. "Langkah itu perlu kerana kita tidak... Klik untuk baca […]

today1 March 2021

Buletin

TNB siasat punca kabel terbakar

Georgetown: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kebakaran kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.2 hari ini adalah membabitkan kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara. Ketua Pegawai Grid TNB Datuk Ir. Husaini Husin berkata, kebakaran itu dikesan berlaku pada 4 petang dan punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan. "TNB bekerjasama rapat dengan pihak polis, bomba dan PLUS bagi mengawal kebakaran supaya […]

today22 February 2021

Buletin

Mayat wanita warga emas ditemukan di ruang tamu

Georgetown: Mayat wanita warga emas ditemukan di ruang tamu rumahnya di Taman Seri Perak, Jalan Slim, Jelutong di sini, hari ini. Wanita berusia 70-an itu ditemui oleh pasukan penyelamat dalam keadaan terbaring. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pintu rumah wanita itu berkunci pada 10.12 pagi. Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas […]

today4 February 2021

Buletin

Maksimum 45 jemaah boleh solat Jumaat di Pulau Pinang

Georgetown: Pulau Pinang membenarkan semua masjid dan surau di negeri ini melakukan solat fardu dengan maksimum seramai 15 jemaah. Solat Jumaat pula boleh disertai seramai 12 hingga 45 jemaah berusia 15 hingga 70 tahun, termasuk jawatankuasa kariah, pegawai masjid dan siak. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Yang di Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, kebenaran bermula esok itu berkuat […]

today26 January 2021

Buletin

Mana hak nelayan, batalkan projek pulau buatan

Georgetown: Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring) menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang segera membatalkan sebarang cadangan projek berkaitan aktiviti tambak laut. Ia berikutan, aktiviti terbabit hanya menjejaskan mata pencarian dan kehidupan komuniti nelayan yang sudah cukup terkesan akibat Covid-19. Setiausaha Jaring Azrilnizam Omar berkata, kerajaan negeri masih menggerakkan usaha melaksanakan pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 January 2021

Buletin

Peguam nafi pecah amanah RM1.37 juta

George Town: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah lebih RM1.37 juta, lapan tahun lalu. Zainal Fikri Ahmad, 57, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah. Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang ejen kepada Firma Tetuan Zainal & Badrol iaitu peguam yang diamanahkan wang untuk pembelian tanah milik Syarikat JKP Sdn Bhd […]

today15 January 2021

Buletin

Tak sesuai tukar kereta rasmi ketika ini

Georgetown: Pembelian kereta rasmi baharu Ketua Menteri Pulau Pinang yang harganya hampir mencecah setengah juta ringgit pada ketika ini adalah tidak sesuai. Tindakan itu disifatkan sebagai tidak sensitif ketika rakyat sedang bergelut dengan kesusahan hidup akibat pandemik Covid-19. Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata, tindakan itu hanya mementingkan kualiti hidup pihak tertentu dengan menggunakan wang rakyat. Menurutnya, wang terbabit... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today9 January 2021

Buletin

Sindiket memproses ubat menaikkan berat badan tumpas

Georgetown: Polis menumpaskan sindiket memproses ubat-ubatan tradisional tidak berdaftar selepas merampas 22 item dan 156,777 botol ubat pelbagai jenama bernilai RM14 juta melalui dua serbuan di sebuah kilang dan premis di Bukit Mertajam dan Butterworth, dekat sini, Khamis lalu. Serbuan pada jam 10 dan 10.30 pagi itu diadakan bersama Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP). Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, polis pada mulanya... Klik […]

today28 December 2020