Kiradech mahu gilap prestasi di Mexico
Mexico City: Bintang golf Thailand, Kiradech Aphibarnrat kembali ke Jelajah PGA dengan menyertai Mayakoba Classic yang bermula esok selepas positif Covid-19 bulan lalu. Kiradech yang dijangkiti virus pada 11 November meraih penamat terbaik tahun ini 10 hari sebelumnya apabila berkongsi tempat ke-11 di Bermuda tetapi dia yang menduduki ranking 246 dunia tidak beraksi sejak itu. "Saya negatif sekarang tetapi masih lagi terasa sakit. Saya demam enam hari dan berasa lemah. […]