Ibu tunggal didenda RM10,000 buat hantaran jelik, hina Agong dan Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik dan kenyataan berunsur penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta Yang di-Pertuan Agong, dalam blog ‘MalaysiaFlipFlop’.