Usaha sama Hektar, Kechara Soup Kitchen, My Clean Beach laksana CSR untuk manfaat komuniti
Hektar Asset Management Sdn Bhd, Pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) telah meningkatkan komitmennya dalam Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui dua inisiatif kesukarelawanan yang dipimpin oleh kakitangan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) yang terpilih.