Jana MyPesara bantu pesara terlibat bidang perniagaan
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melancarkan Jana MyPesara, sebuah program pembiayaan mikro yang bertujuan membantu pesara untuk menjalankan aktiviti menjana pendapatan dan mengukuhkan daya tahan kewangan mereka semasa persaraan.