31 mangsa banjir Rantau Panjang dipindahkan ke PPS
KOTA BHARU: Seramai 31 mangsa banjir di Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), malam tadi, selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak dua hari lalu.