Ana akhirnya dikalungkan pingat gangsa Olimpik
Bucharest: Gimnas Romania, Ana Barbosu menerima pingat gangsa Olimpik dalam satu majlis di Bucharest, semalam, selepas Persekutuan Gimnastik Antarabangsa memutuskan kemenangan kepadanya dan bukannya kepada gimnas Amerika Syarikat (AS), Jordan Chiles.