ARAS juara Ragbi MCKK Primer 7s
Kuala Lumpur: Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (ARAS) dari Selangor muncul juara baharu Kejohanan Ragbi MCKK Primer 7s (P7s) 2023 Edisi Ke-11 selepas menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) 24-0 dalam perlawanan akhir kategori Cup di padang Kolej Melayu Kuala Kangsar, di Perak, hari ini.