Kembar tertukar sejak 20 tahun lalu, miliki MyKad baharu
KOTA BHARU: Atirah Iwani Ibeni Yanin dan Adryana Iwani Husin, kembar seiras yang kisah mereka menggemparkan negara apabila seorang daripada mereka tertukar dengan bayi lain 20 tahun lalu, menerima perkhabaran gembira apabila impian mereka membetulkan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan diri terlaksana.