PNB raih pensijilan WELL Platinum bagi reka bentuk dalaman pejabat
Permodalan Nasional Berhad (PNB) meraih Pensijilan WELL pada tahap Platinum bagi reka bentuk dalaman pejabatnya, yang dianugerahkan oleh International WELL Building Institute (IWBI), pihak berkuasa global dalam transformasi kesihatan dan kesejahteraan di bangunan, organisasi dan komuniti.