KLIP 8 ketengahkan isu AI pacu komunikasi, penceritaan kepada pertumbuhan jenama sebenar
Persidangan Perhubungan Awam Antarabangsa Kuala Lumpur ke-8 (KLIP 8), yang telah berlangsung selama dua hari bermula 8 Jun lalu telah menghimpunkan lebih 300 peserta dari Malaysia, ASEAN dan seluruh dunia yang mewakili syarikat multi nasional, kementerian kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), organisasi media, universiti dan persatuan perhubungan awam serantau.