Lelaki didakwa tipu ahli perniagaan RM460,000
KUALA LUMPUR: Seorang dalang sindiket penipuan tukaran mata wang asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menipu seorang ahli perniagaan membabitkan kerugian USD100,000 (RM460,000) pada 2019.