Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

KUALA SELANGOR

45 Results / Page 5 of 5

Buletin

Warga emas ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala

Kuala Selangor: Seorang wanita warga emas ditemukan maut di tengah jalan di Jalan Kampung Kedah, Kampung Kuantan, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, wanita berusia 79 tahun itu ditemukan seorang lelaki yang kemudiannya menghubungi talian kecemasan. "Pada 8.11 malam tadi, lelaki terbabit memaklumkan terjumpa mangsa yang terbaring di tengah jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri selain mengalami kecederaan di kepala. "Hasil pemeriksaan... Klik untuk […]

today1 December 2020

Buletin

Lelaki OKU terperangap di rumah diselamatkan

Kuala Selangor: Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terperangkap di rumahnya yang dinaiki air di Kampung Batu 7, Ijok, di sini, semalam. Mangsa dikenali sebagai Khairul Izam, 40, cacat di bahagian kaki. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.40 malam. Beliau berkata, sepasukan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II... Klik […]

today21 November 2020

Buletin

Alhamdulillah, LRA Rantau Panjang beroperasi semula

Kuala Selangor: Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang dihenti tugas berikutan pencemaran bau seakan pelarut awal malam tadi sudah beroperasi semula. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan memaklumkan LRA terbabit memulakan semula operasi pada 9.30 malam tadi selepas bacaan bau 0 TON direkodkan. "Siasatan masih lagi dijalankan berkenaan pencemaran bau yang dilaporkan sebelum ini. "Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya. Malam tadi, dilaporkan... Klik untuk […]

today18 November 2020

Buletin

Banjir: 1 PPS dibuka di Kuala Selangor

Kuala Selangor: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan dua kampung iaitu Kampung Seri Sentosa dan Kampung Sri Aman, Ijok, di sini, dilanda banjir, malam tadi. Setakat 1 pagi tadi, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields dibuka bagi menempatkan 21 penduduk terjejas. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, banjir bermula 8.30 malam susulan hujan lebat... […]

today18 November 2020

Buletin

Semoga Nor Shafeeka pulih semula

Kuala Selangor: Kemalangan jalan raya pada September lalu mengakibatkan Nor Shafeeka Othman koma selama 19 hari selain cedera pada otak dan paru-paru. Selepas tersedar daripada koma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, ibu kepada dua anak berusia 8 dan 9 tahun itu terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan memerlukan perhatian penuh. Berikutan itu, suaminya, Mohd Efendi Mohd Nasir, 43, berkata, dia yang bekerja sebagai pemotong rumput terpaksa berhenti kerja […]

today5 November 2020

Buletin

Air pasang ‘lintas’ jalan | Harian Metro

Kuala Selangor: Fenomena air pasang besar yang memasuki hari ketiga menyebabkan sebahagian besar kiri dan kanan jalan menghubungkan Kuala Selangor ke Pasir Penambang, di sini, dinaiki air, hari ini. Menerusi perkongsian gambar di Facebook (FB) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), puluhan pengguna jalan raya dilihat memberhentikan kenderaan mereka apabila air membanjiri kedua-dua laluan. Bagaimanapun, ada pengguna berani meredah banjir untuk melalui jalan itu terutama kenderaan pacuan empat... Klik untuk baca […]

today19 October 2020

Buletin

Kedekut punya pasal..’terbang’ RM1,000 sekelip mata

Kuala Selangor: Hanya kerana 'kedekut' untuk membeli pengimbas suhu berharga kurang RM30, seorang pemilik restoran dikompaun serta merta RM1,000. Peniaga adalah antara segelintir individu di daerah ini yang enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) meskipun sudah memasuki hari ketiga. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, dalam operasi pertama itu, pemilik restoran terbabit dikenakan kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 October 2020

Buletin

Halang tumpahan minyak masuk Sungai Selangor

Kuala Selangor: Lori simen terbabas lalu memasuki alur air yang mengalir ke Sungai Selangor di Jalan Kolam KL-Larut, Bestari Jaya, hari ini. Dalam kejadian 10 pagi itu, kemalangan mengakibatkan berlaku tumpahan minyak dari kenderaan berat terbabit. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan di Facebook berkata, tindakan pantas menghalang tumpahan minyak dari lori tersebut mengalir ke Sungai Selangor. "LUAS meletakkan lapan 'oil boom' dan '10 absorbent pad' di aliran air […]

today14 October 2020

Buletin

Tekong, 2 awak-awak hilang bot karam

Kuala Selangor: Seorang tekong dan dua awak-awaknya warga Indonesia hilang selepas bot nelayan dinaiki karam di kedudukan 13.5 batu nautika barat Pulau Angsa, di sini, hari ini. Dalam kejadian itu, dua lagi awak-awak juga warga sama yang menaiki bot terbabit berjaya diselamatkan. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, salah seorang mangsa yang terselamat menghubungi ahli keluarganya di Sekinchan berhubung kejadian itu pada 7 pagi hari ini. "Bot […]

today8 October 2020

No more entries