Mollie cipta rekod 2025, tapi akui ‘sakit’ selepas Paris
Adelaide: Juara Olimpik Mollie O’Callaghan gagal menahan sebak selepas mencatat masa terpantas dunia bagi acara 200 meter (m) gaya bebas pada sesi pemilihan skuad renang Australia, sambil mengakui dirinya berdepan kesukaran untuk bangkit sejak temasya Paris.