Manchester: Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim menegaskan beliau tidak bimbang mengenai kedudukannya meskipun sekali lagi berdepan persoalan selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Brentford, semalam.
London: Enzo Maresca memberi amaran kepada Chelsea supaya berhenti “memberi hadiah percuma” selepas layangan kad merah sekali lagi menjadi punca kekalahan mengejut 1-3 kepada Brighton di Stamford Bridge, semalam.
London: Chelsea yang beraksi dengan 10 pemain terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 di laman sendiri kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pertahanan, Trevoh Chalobah dibuang padang awal babak kedua.
London: Rekod sempurna Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir di tangan Crystal Palace apabila pemain gantian, Eddie Nketiah, meledak gol kemenangan pada minit akhir sekali gus menghadiahkan kemenangan 2-1 buat skuad The Eagles ke atas juara bertahan.
Manchester: Dua gol sendiri Maxime Esteve memusnahkan harapan Burnley untuk bangkit apabila Manchester City mudah meraih kemenangan 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam, dengan Erling Haaland menutup perlawanan menerusi dua gol lewat permainan.
London: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika pasukannya tewas 1-3 kepada Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini, ketika Igor Thiago menjaringkan dua gol buat tuan rumah.
London: Liverpool yang masih ‘kebal’ dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini, bakal berdepan ujian getir apabila bertandang ke Crystal Palace yang juga belum tewas musim ini, Sabtu ini.
London: Eberechi Eze meledak gol sulungnya buat Arsenal ketika membantu pasukan itu menang 2-0 ke atas Port Vale dalam aksi Piala Liga, awal pagi tadi, dan pengendali Mikel Arteta percaya pemain tengah menyerang itu akan menghadirkan lebih banyak “detik magis” sebaik sahaja serasi dengan rakan sepasukan baharunya.