Gagal jaring gol, Haaland ‘lepas geram’ pada jurukamera
Manchester: Penyerang Manchester City Erling Haaland jelas sekali bengang terhadap persembahannya apabila menolak satu kamera televisyen selepas wisel penamat awal pagi tadi, sekali gus terpancar kekecewaan selepas sembilan percubaan namun tiada satu pun menerjah jaring.