Nazirul calon pecah dominasi Afi di LTdIPT
Melaka: Atlet berbasikal dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang (KKTML), Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman, 18, antara calon yang mampu memecah dominasi pelumba Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohammad Afi Danial Ramli Abu Bakar pada peringkat ketiga Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023, hari ini.