‘Seorang mentor tunjuk jalan, pegang stereng tetap ‘driver’ syarikat’
Ketika budaya media sosial semakin dipenuhi dengan kecenderungan menghukum seseorang berdasarkan episod kegagalan, usahawan terkenal, Datuk Wira Dr. Azizan Osman mengingatkan bahawa masyarakat perlu lebih matang dalam menilai perjalanan sesebuah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kerana kejatuhan bukanlah pengakhiran kepada sebuah perniagaan.