Lebih RM4 juta perkasa komuniti Presint Merdeka 118
PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memperuntukkan lebih daripada RM4 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif yang memperkukuh kejiranan serta memperkasa masyarakat di kawasan Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur.