Vingegaard rapatkan jurang kejuaraan, hanya 37s di belakang Traen
Ezcaray, Sepanyol: Jonas Vingegaard merangkul kemenangan peringkat kesembilan Vuelta a Espana, semalam, selepas melakukan kayuhan bertenaga di penamat yang membolehkannya merapatkan jurang dengan pendahulu keseluruhan, Torstein Traen.