Mickey tekad ledak gol awal berdepan Sarawak
Kuala Terengganu: Selepas muncul penjaring tempatan terbanyak Piala Malaysia setakat ini dengan mengumpul lima gol, pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC), Mohd Faisal Halim akui belum puas sambil bertekad untuk memburu jaringan seterusnya berdepan Sarawak United FC pada aksi suku akhir kedua di Stadium UiTM, Shah Alam, Khamis ini.