Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

MotoGP

337 Results / Page 37 of 38

Sukan

Marquez beri isyarat makin pulih

Madrid: Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez memberi bayangan dia semakin hampir kembali ke MotoGP selepas menunggang motosikal kali pertama sejak Grand Prix Andalusia pada Julai tahun lalu. Juara dunia lapan kali itu menunggang mini bike kelmarin selepas mendapat kelulusan doktor. Minggu lalu, pelumba Sepanyol itu memberi isyarat mengenai hasratnya berlumba di Qatar pada 28 Mac ini dan mungkin dapat direalisasikan selepas akhirnya dapat menunggang semula motosikal. Dalam Instagramnya,... Klik untuk […]

today16 March 2021

Sukan

Espargaro dapat lonjakan semangat [VIDEO]

London: Pelumba baharu Repsol Honda, Pol Espargaro menerima kejutan istimewa sekembalinya daripada berlatih di pergunungan Andorra apabila mendapati jentera RC213V bernombor 44 menunggunya di rumah. "Saya hampir menangis!" kata Espargaro bersama motosikalnya di halaman rumah. "Wow. Saya sama sekali tak menyangka. Saya mahu menyimpannya di sini buat selamanya!" "Nombor ini [44] tampak hebat. Saya bekerja keras untuk melihat nombor itu di sini. Ia mengagumkan. "Motosikal ini dengan warnanya... Klik untuk […]

today5 January 2021

Sukan

Martin mampu menyinar di MotoGP

London: Johann Zarco berkata bakal rakan sepasukannya di Pramac Ducati , Jorge Martin mempunyai bakat untuk pantas menyesuaikan diri dengan kelas perdana apabila dia mula menyertai MotoGP 2021. Laporan awal tahun ini mendedahkan Ducati telah pun mencapai persetujuan dengan pelumba Moto2, Martin yang berusia 22 tahun untuk menyertai pasukan itu pada 2021 dan disahkan secara rasmi pada September lalu. Bekas juara dunia Moto3 2018 itu menamatkan kempen Moto2 musim ini […]

today1 January 2021

Sukan

Marquez jalani rawatan di rumah

London: Repsol Honda mengesahkan Marc Marquez kini meneruskan proses pemulihan di rumah selepas lebih seminggu menjalani pembedahan ketiga di tangannya yang tercedera ketika menyertai Kejohanan Dunia MotoGP di Jerez pada Julai lalu. Juara dunia enam kali MotoGP itu dimasukkan ke Hospital Ruber Internacional di Madrid pada awal bulan ini sebagai persiapan pembedahan ke atas tangan kanannya yang dijangkiti kuman ketika proses pemulihan. Selepas pembedahan dijalankan pada 3 Disember, Honda... Klik […]

today15 December 2020

Sukan

Petronas Yamaha SRT buat Malaysia bangga [METROTV]

Kuala Lumpur: Kejayaan pasukan Petronas Yamaha SRT menamatkan saingan kelas perdana MotoGP di tempat kedua keseluruhan pada musim ini sesuatu amat membanggakan bagi pasukan yang baru tahun kedua beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia. Malah Petronas Yamaha SRT juga berjaya mempertahankan pencapaian sebagai pasukan satelit (persendirian) terbaik buat tahun kedua berturut-turut sekali gus membantu Yamaha menduduki tangga kedua kedudukan pengeluar di belakang Ducati. Ini bermakna, pencapaian... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today24 November 2020

Sukan

Dovizioso ‘cuti’ panjang musim depan

Paris: Antonio Dovizioso berkata, dia akan berehat daripada MotoGP musim depan tetapi berharap kembali ke litar sebaik sahaja menerima tawaran sesuai. Pada Ogos lalu, pelumba berusia 34 tahun dari Itali itu yang muncul naib juara tiga kali kejohanan dunia di bekalang Marc Marquez mengumumkan akan meninggalkan Ducati pada penghujung tahun ini. Selepas muncul juara di Austria, dia mengetuai seketika carta pelumba sebelum tergelincir dari saingan. Dalam Instagramnya awal pagi tadi, […]

today11 November 2020

Sukan

Joan Mir ungguli MotoGP Eropah

Valencia: Pelumba dari Sepanyol, Joan Mir menang perlumbaan MotoGP Eropah di Valencia, yang juga kemenangan pertama buatnya dalam kelas perdana seterusnya menambah kelebihan dalam pungutan mata kejuaraan kepada 37 mata. Mir mengambil kesempatan ketika pencabar gelaran, Fabio Quartararo terbabit dalam kemalangan pada pusingan pertama manakala rakan sepasukan, Alex Rins memastikan kedudukan satu dua buat Suzuki. Penunggang Perancis, Quartararo berjaya meneruskan perlumbaan untuk kedudukan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 November 2020

Sukan

Lorenzo minat Aprilia tapi hati dengan Yamaha

London: Jorge Lorenzo mengesahkan spekulasi rundingannya dengan Aprilia mengenai peranan sebagai pelumba ujian MotoGP pada musim 2021. Tetapi bekas juara tiga kali MotoGP itu menegaskan ia hanyalah Pelan B dan pilihan utamanya menjadi pelumba ujian Yamaha, pasukan yang diwakili ketika menjuarai kelas perdana. "Saya mahu terus menjadi pelumba ujian dan pilihan utama masih lagi Yamaha," kata Lorenzo kepada AS.com. "Kerana saya menang dengan mereka dan saya selesa dengan jentera. Tetapi... […]

today3 November 2020

Sukan

Enggan terlalu fokus kejuaraan dunia

Aragon: Pendahulu kelas MotoGP, Joan Mir menegaskan tidak akan mengubah strategi dengan memberi fokus kepada kejuaraan dunia pada baki tiga pusingan perlumbaan selepas ini. Dia kini mengukuhkan kedudukan pendahulu selepas meraih podium ketiga di Grand Prix (GP) Teruel sekali gus menyaksikannya mendahului 14 mata berbanding seteru terdekat, Fabio Quartararo menjelang baki tiga pusingan lagi. Pelumba Suzuki itu belum pernah memenangi perlumbaan namun kekerapan menaiki podium sebanyak enam... Klik untuk baca […]

today1 November 2020