SMK Seksyen 11 pertahan kedudukan lima teratas Kumpulan A
Setia Alam: SMK Seksyen 11 terus berusaha untuk meletakkan diri dalam kelompok lima teratas kumpulan A kejohanan bolasepak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2025 dengan rakan strategik 100PLUS selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas SMK Mutiara Impian.