MBSB Bank sedia komitmen pembiayaan RM1 bilion untuk perniagaan di NCER
MBSB Bank Berhad hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Utara Semenanjung menerusi komitmen pembiayaan berjumlah RM1 bilion serta penyediaan penyelesaian kewangan Islam komprehensif.