Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

NEGATIVE

29 Results / Page 3 of 4

Buletin

Sabah mohon lanjut PKPB | Harian Metro

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah memohon agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini dilanjutkan lagi hingga ke satu tempoh yang akan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, permohonan berhubung perkara itu sudah diserahkan kepada MKN selepas mengambil kira situasi penularan Covid-19 yang masih tinggi di Sabah. "Kerajaan negeri sudah memohon kepada MKN untuk melanjutkan PKPB kerana kes Covid-19... Klik untuk […]

today23 October 2020

Buletin

KKM tidak dedah identiti lokasi kerana bimbang wujud stigma

Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan mendedahkan mana-mana lokasi yang dijalankan pengesanan jangkitan Covid-19 berikutan enggan wujud stigma terhadap kawasan terbabit. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya memang diberi tekanan untuk mendedahkan identiti pesakit, keluarga mahupun lokasi jangkitan berlaku atau ujian pengesanan dilaksanakan. "Kami tidak akan membuat pengumuman apabila ujian pengesanan dilakukan kerana bimbang wujud... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 October 2020

Buletin

13 guru, 27 murid positif Covid-19 di Sabah

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri mengesahkan terdapat 13 guru, 27 murid dan dua kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dijangkiti Covid-19, hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, mereka kini sedang menjalani rawatan di pusat rawatan. "Walau bagaimanapun, golongan guru, murid dan kakitangan ini bukannya sebahagian daripada mana-mana kluster yang sedia ada. Punca jangkitan juga masih dalam siasatan," katanya... Klik untuk baca […]

today22 October 2020

Buletin

Covid-19: 4 premis TM Terengganu tutup

Kuala Terengganu: Empat premis Telekom Malaysia Berhad (TM) Terengganu ditutup enam hari bermula Isnin hingga Sabtu ini berikutan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19. Pengarah Wilayah Timur TM Berhad, Mohd Yazid Abd Manaf berkata, premis itu adalah Pejabat TM Kuala Terengganu, TM Jalan Air Jernih, TM Jalan Pusara dan TM Medan Jaya. Manakala, cawangan TM lain termasuk TMpoint masih beroperasi seperti biasa. "Penutupan ini bagi membolehkan kerja sanitasi dilakukan menurut garis... […]

today21 October 2020

Buletin

Nafi individu positif Covid-19 kunjungi pasar raya

Pasir Gudang: Pengurusan Pasaraya Econsave menafikan terdapat individu positif Covid-19 mengunjungi pasar raya berkenaan di Taman Scientex, dekat sini, Sabtu lalu. Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, ia susulan tular menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan isu itu sehingga menerima banyak panggilan daripada orang awam yang ingin mendapatkan kesahihannya, selain menyebabkan kehadiran pengunjung berkurangan. "Sejak Isnin lalu, kira-kira 100 panggilan diterima daripada orang awam menerusi... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today14 October 2020

Buletin

Covid-19: Enam kluster baharu dikenal pasti

Kuala Lumpur: Enam kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu empat di Sabah dan masing-masing satu di Selangor serta Pulau Pinang. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kluster di Sabah itu membabitkan Kluster Semarak, Kluster Bina, Kluster Sabindo dan Kluster Bestari. "Kluster Semarak membabitkan kes ke-12,200 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. "Saringan... […]

today13 October 2020

Buletin

Kawasan rekreasi R&R Bagan Ajam ditutup, pengunjung ingkar SOP

Butterworth: Akibat kedegilan pengunjung yang beriadah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, di sini, tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan pusat rekreasi itu ditutup selama 14 hari berkuat kuasa hari ini. Tindakan itu diambil ketika polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melakukan pemeriksaan mengejut dalam memantau pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kira-kira jam 6 petang tadi. Ketua... Klik untuk […]

today11 October 2020

Buletin

Covid-19: Lima kluster baharu dikesan

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengenalpasti lima kluster baharu penularan virus Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pecahannya ialah tiga kluster dikesan di Sabah manakala masing-masing satu kluster di Selangor dan Labuan. Beliau berkata, kluster yang membabitkan Sabah adalah Kluster Kasih di daerah Lahad Datu; Kluster Surat (daerah Sandakan) dan Kluster Khazanah juga dikesan di daerah Lahad Datu. "Kluster Sungei Way pula... […]

today11 October 2020

Buletin

Covid-19: Kluster Batu, Kluster Ramai-Ramai pula dikesan

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster baru di Perak dan Sabah iaitu Kluster Batu dan Kluster Ramai-Ramai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Batu dikenal pasti di Taiping, Perak yang mana hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli keluarga sebuah kem tahanan. Menurutnya, hasil saringan mendapati sebanyak tujuh kes dikesan positif Covid-19 semalam dan mereka semua dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun,... Klik […]

today6 October 2020