Ajax setuju bayar RM37 juta kepada Nouri
THE HAGUE: Ajax berkata semalam mereka akan membayar 7.85 juta euro (RM37.08 juta) kepada keluarga bekas pemain, Abdelhak Nouri, yang mengalami kerosakan otak selepas serangan jantung mengejut ketika aksi persahabatan lebih empat tahun lalu.