PBMM-PERINTIS buka laluan baharu bakat futsal akar umbi
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) mengambil langkah memperluas pembangunan futsal akar umbi apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kelab Futsal PERINTIS, dengan fokus membina laluan pembangunan lebih tersusun untuk bakat muda menerusi sekolah dan komuniti.