Chef Wan kekal miliki pegangan 20 peratus dalam De.Wan, Cafe
Cef selebriti , Datuk Dr. Redzuawan Ismail (Chef Wan) menegaskan komitmen jangka panjangnya terhadap empayar kulinari yang dibina iaitu De.Wan 1958 by Chef Wan (De.Wan) dan Café Chef Wan (Cafe) untuk mengekalkan pegangan ekuiti 20 peratus dan memiliki kawalan kreatif dalam dua entiti tersebut.