Cuckoo perkukuh kualiti pendapatan, kekal kecemerlangan servis
Cuckoo International (MAL) Berhad (Cuckoo), platform sewaan dan langganan pengguna yang dipacu servis, akan memfokuskan kepada pengukuhan kualiti pendapatan, mengekalkan kecemerlangan servis dan meningkatkan kemampuan serta aksesibiliti untuk pengguna, sambil mengekalkan pengurusan portfolio yang berhemat.