Georgetown: Johor Darul Ta'zim (JDT) menunaikan janjinya untuk membawa pulang bekalan selesa ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas membenam Penang FC, 7-2 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya, petang tadi.
Georgetown: Penang FC akhirnya melakar kemenangan sulung di laman sendiri pada perlawanan keempat saingan Liga Super musim ini selepas menundukkan Kelantan Red Warrior FC (KRW) 3-2 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) gagal memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri selepas terikat tanpa jaringan berdepan Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, sebentar tadi.
Melaka: Jurulatih Melaka FC E Elavarasan yakin anak buahnya bakal bangkit selepas tewas tipis 0-1 kepada Penang FC dalam aksi Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi.
Melaka: Gol tunggal import dari Nigeria, Faith Friday Obilor sudah cukup buat Penang FC menewaskan Melaka FC 1-0 pada saingan Piala FA di Stadium Hang Jebat , Paya Rumput, hari ini.
Kota Kinabalu: Penang FC terpaksa 'bergelut' dengan angin kencang untuk mendapatkan jaringan ketika pertemuan dengan Sabah FC di Stadium Likas, malam tadi.
Kota Kinabalu: Padang licin akibat hujan lebat ditambah angin kencang tidak menjejaskan misi Sabah FC untuk mencipta kemenangan kedua Liga Super musim ini apabila menundukkan Penang FC 2-0 di Stadium Likas, malam ini.
Georgetown: Skuad DPMM FC memulakan kempen Liga Super 2026/2027 dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan tipis 1-0 pada aksi kunjungan menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, di sini, petang tadi.