“Dialah Tempat Bergantung Rezeki..” – Ibu Syed Izzat Sedih Anak Maut Dihempap Pokok Tumbang
Sejak ayahnya menjalani pembedahan pada 2 bulan yang lepas dan tidak boleh bekerja, Syed mengambil alih tempat ayahnya dan gigih mencari rezeki buat keluarga. Ibunya, Inang Suhana Abu Bakar yang berusia 42 tahun mengaku bahawa dia masih tidak menyangka dan tidak dapat menerima bahawa anaknya pergi dalam keadaan yang begitu.