PIKM mahu ubah persepsi masyarakat terhadap pengawal keselamatan yang bukan pilihan kerjaya terakhir
Industri keselamatan swasta di negara ini perlu diberikan pengiktirafan sewajarnya sebagai satu profesion yang memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan aset, premis dan masyarakat, sekali gus mengubah persepsi bahawa kerjaya sebagai pengawal keselamatan hanyalah pilihan terakhir.