Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia menyatakan mereka perlu memberi fokus yang lebih tinggi dalam setiap perlawanan meskipun berdepan keletihan selepas mengharungi jadual yang padat.
Kuala Lumpur: Isu membabitkan kontrak Pearly Tan-M Thinaah bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memasuki episod baharu apabila beregu wanita negara itu dijangka mengadakan rundingan dengan badan induk berkenaan sebaik tamat saingan Terbuka Indonesia dari 3 hingga 8 Jun ini.
Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) secara rasmi mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung beberapa keputusan umpire yang boleh dipersoalkan ketika pusingan kedua membabitkan beregu lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing menentang wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard di Masters Malaysia, Khamis lalu.
Subang Jaya: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berharap pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara profesional.
Kuala Lumpur: Pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilihat mampu merealisasikan impian pingat emas pada Sukan Olimpik, kata Timbalan Presiden 2 BAM Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Kuala Lumpur: Pemilihan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disifatkan langkah terbaik bagi memperkasakan masa depan sukan badminton negara.
Kuala Lumpur: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sah dilantik sebagai Presiden ke-13 Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-80 badan induk itu yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.