Tentera Darat julang gelaran ragbi ATM 2025
Subang: Pasukan Ragbi Tentera Darat (TDM) terus mengukir sejarah apabila kedua-dua pasukan mereka, 10 sebelah sepasukan dan 15 sebelah sepasukan, dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pertandingan Ragbi Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2025 yang berlangsung di Pengkalan Tentera Udara Subang.