Azizulhasni raih gangsa kedua dalam tempoh 24 jam di Jepun
Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menaiki podium buat kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam selepas meraih pingat gangsa dalam final keirin lelaki pada saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka hari ini.