MAG perkukuh keupayaan dengan rekod prestasi dan pensijilan global
Malaysia Aviation Group (MAG) terus memperkukuh asas operasinya merentasi portfolio syarikat penerbangan Kumpulan, disokong piawaian keselamatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, peningkatan kebolehpercayaan operasi serta tumpuan berterusan terhadap penyampaian perkhidmatan.